26 December 2019

CAWANGAN BARU

Komitmen yang ditunjukkan oleh peserta sangat baik dan wajar dipuji sepanjang Program Mini Tahfiz AQSA Siri ke 11 dilaksanakan. 

Walaupun cuti sekolah selama 1 bulan, namun semua peserta sanggup mengorbankan masa cuti dan hadir bagi mengikuti program menghafal Al-Quran 

InsyaAllah, sedikit usaha ini boleh menjadi asbab kepada mereka untuk meneruskan lagi hafalan dan belajar al-matien (bagi peserta iqra) kelak. Sama-sama kita berharap dan berdoa agar usaha ini tidak terhenti setakat tamatnya program. Di mana sahaja peserta berada, mudah-mudahan Al-Quran menjadi pendamping buat mereka.

Sekiranya ibu ayah berminat untuk meneruskan usaha murni ini, pihak kami ada melaksanakan kelas iqra' kaedah al-matien, mengaji dan hafazan di Teratak AQSA. 

Kelas ini adalah kesinambungan dari program Mini Tahfiz AQSA yang telah kami laksanakan sejak 2009. Alhamdulillah sejak Teratak dilaksanakan secara rasmi pada awal Januari 2019, ramai pelajar sudah mulakan hafalan surah-surah tertentu. Manakala pelajar Al-Matien sudah mulai lancar membaca ayat Al-Quran. 

InsyaAllah kami memandang serius kelas yang dilaksanakan ini agar pelajar tidak terlepas dari menuntut ilmu Al-Quran.

Teratak AQSA memiliki 2 cawangan:

1.Masjid Al-Abyad Matang Jaya, 93050 Kuching Sarawak.

2.Surau Darus Sakinah Lorong Astana 7, Jalan Astana, 93050 Kuching Sarawak.

InsyaAllah, Cawangan Teratak AQSA 2020 bakal dibuka di Selangor. Pihak kami akan war-warkan lokasi dan jadual pada masa terdekat. 

Semoga usaha murni Tuan Abdul Razak dan Puan Solehah dalam menubuhkan kelas TERATAK AQSA ini memberi semangat untuk anak-anak terus menuntut ilmu dan mempelajari Al Quran. 

TERATAK AQSA
( MENGAJI,HAFAZAN
IQRA kaedah Al-Matien )
📞 013 203 2414
📞 019 848 7955
📩 teratakaqsa2@gmail.com
💻 http://teratakaqsa2.blogspot.com/
🖥https://www.facebook.com/TeratakAQSA/


Untuk pengetahuan semua, Program Mini Tahfiz AQSA dan Kelas Teratak AQSA dikendalikan sepenuhnya oleh R.K.MANAGEMENT AND SERVICES . 


R.K.MANAGEMENT AND SERVICES
Merupakan sebuah organisasi yang mengendali program motivasi peringkat sekolah,kolej, universiti dan sebagainya

Pihak kami juga menyediakan latihan dan bimbingan In House Training kepada sektor Kerajaan dan Swasta .

Pakej yang ditawarkan oleh pihak R.K Management and services seperti berikut

1. Motivasi Siswa Siswi Universiti.
2. Kerja Berkumpulan (Team Building).
3. Kursus Keusahawanan.
4. Kepimpinan Organisasi.
5. Menangani Tekanan.
6. Pengurusan Masa.
7. Motivasi Pekerja.
8. Motivasi Pelajar.
9. Motivasi Guru.
9. Kem Bina Insan.
10. Persediaan Persaraan.
11. Keibubapaan.
12. Auladku Sayang ( Anakku Sayang ).
13. Summer Camp.
14. Seminar UPSR,PT3,SPM,STPM
15. Pengurusan kewangan
16. Success Story Begins Here
17. Kepimpinan Pelajar
18. Junior Team Building
Dan lain-lain 

Perkongsian ilmu disampaikan oleh Tuan Abdul Razak Bin Bahtrem. 
Beliau merupakan Jurulatih bertauliah bawah Pembangunan Manusia Sumber Berhad (PSMB) dan juga seorang Professional Learning Facilitator (PLF).

R.K.MANAGEMENT AND SERVICES
MENEROKA POTENSI MINDA CEMERLANG
📲 013 203 2414
📩rkmservices@gmail.com



19 December 2019

Cawangan Teratak AQSA di Kuching Sarawak

Alhamdulillah.

Kelas Teratak AQSA di Surau Darus Sakinah, akan dilaksanakan bermula pada 4 Januari 2020. Kelas terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kelas Teratak AQSA memfokuskan kepada 3 kategori pembelajaran:

1.Iqra' kaedah al-matien
2.Mengaji
3.Hafazan

Setiap kelas para pelajar akan turut mempelajari hukum tajwid dari semasa ke semasa.

Kelas akan dilaksanakan setiap:

• Sabtu dan Ahad.
• 8.30 pagi - 10.30 pagi
• Surau Darus Sakinah, Lorong Astana 7, Jalan Astana 93050 Kuching, Sarawak.

Bagi ibu ayah berhasrat untuk menghantar anak-anak ke kelas ini, boleh hubungi kami di talian 019 848 7955 atau 013 203 2414

**Cawangan Selangor
**Cawangan Kuching, Sarawak

TERATAK AQSA
( MENGAJI,HAFAZAN
IQRA kaedah Al-Matien )
📞 013 203 2414
📞 019 848 7955
📩 teratakaqsa2@gmail.com
💻 http://teratakaqsa2.blogspot.com/
🖥https://www.facebook.com/TeratakAQSA/

#TeratakAQSA 
#KelasMengaji 
#Learning 
#Education
#KelasAlquran
#Quranic_learning
#Almatien 
#Iqra 
#kuching 
#Selangor

12 December 2019

TERATAK AQSA 2019

Tahun 2019 bakal melabuh tirainya, banyak kenangan indah bersama peserta di TERATAK AQSA. 
Peningkatan pretasi peserta yang bermula dari huruf hijaiyah sehinggalah hafazan memberi semangat kepada kami agar terus merusaha berkongsi ilmu kepada peserta.

Usaha tidak kenal erti putus asa ditunjukkan oleh peserta serta tenaga pengajar sangatlah memberi inspirasi. 
Semoga ketekunan dan usaha peserta untuk menuntut ilmu sentiasa dipermudahkan oleh Allah. 

Berikut adalah jadual terkini di TERATAK AQSA di Cawangan Kuching Sarawak:


Cawangan pertama
Lokasi : Masjid Al Abyad
Matang, Kuching

🔹Jam 2.30 petang hingga 4.30 petang 
🔹Setiap hari Jumaat dan Sabtu

Cawangan Kedua 
Lokasi : Surau Darus Sakinah
Lorong Astana 7
Jalan Astana
Kuching Sarawak

🔹Jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi 
🔹Setiap hari Sabtu dan Ahad 

🔽Kelas Mengaji
🔽Kelas Hafazan
🔽Kelas Iqra' kaedah Al Matien

**Cawangan Selangor
**Cawangan Kuching, Sarawak

TERATAK AQSA
( MENGAJI,HAFAZAN
IQRA kaedah Al-Matien )
📞 013 203 2414
📞 019 848 7955
📩 teratakaqsa2@gmail.com
💻 http://teratakaqsa2.blogspot.com/
🖥https://www.facebook.com/TeratakAQSA/

#TeratakAQSA 
#KelasMengaji 
#Learning 
#Education
#KelasAlquran
#Quranic_learning
#Almatien 
#Iqra 
#kuching 
#Selangor



Hari Kemerdekaan Malaysia 🇲🇾

 Alhamdulillah, pelajar-pelajar di TERATAK AQSA telah menyertai aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia 🇲🇾 Aktiviti ini bukan ...