18 November 2019

Pengalaman - TERATAK AQSA

Pada mulanya ada pelajar hadir ke kelas ditemani oleh ibubapa kerana belum biasa dengan persekitaran baru bersama kawan-kawan. 

Namun setelah dua minggu kelas dilaksanakan, mereka mula menunjukkan minat dan rasa seronok ke kelas tanpa ditemani oleh ibu dan ayah. 

Dulu sukar untuk berkomunikasi. Kini mereka mampu berkomunikasi baik dengan pelajar lain dan memberi respon apabila ditanya soalan oleh tenaga pengajar.

Perubahan yang positif ini memberi kelebihan kepada pelajar dari segi keyakinan dan mereka berasa seronok ketika berada di dalam kelas. Kami di TERATAK AQSA sedaya upaya menyediakan kelas yang santai kepada semua pelajar

Selain itu, pembelajaran di TERATAK AQSA turut merangkumi tazkirah serta pembelajaran tajwid yang dikongsi kepada pelajar-pelajar. Semoga pelajar-pelajar di TERATAK AQSA dapat menimba ilmu dengan sebaik mungkin dan dipermudahkan urusan mereka oleh Allah swt. 

πŸ”½Kelas Mengaji
πŸ”½Kelas Hafazan
πŸ”½Kelas Iqra' kaedah Al Matien

**Cawangan Selangor
**Cawangan Kuching, Sarawak

TERATAK AQSA
( MENGAJI,HAFAZAN
IQRA kaedah Al-Matien )
πŸ“ž 013 203 2414
πŸ“© teratakaqsa2@gmail.com
πŸ’» http://teratakaqsa2.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

13 Tahun

 Alhamdulillah, TERATAK AQSA telah ditubuhkan selama 13 tahun dan terus istiqamah dalam mendidik serta membimbing para pelajar. Memasuki tah...